Monday, August 10, 2009

motif bunga pilihan















BUNGA RAYA

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.

Petikan Ucapan YAB Perdana Menteri Sempena Hari Landskap Negara, 3 Mac 2005

“….. Jadi hari ini, kita memulakan usaha yang sangat baik untuk negara dan rakyat. Menanam bunga raya wajar dijadikan sebagai hobi. Kepandaian rakyat Malaysia ialah menanam pokok bunga raya dan kita mesti bangga dengan pokok ini di rumah kita dari segi kecantikan, kesuburan dengan saiz bunga yang besar and kita boleh menjadikan bunga raya ini sebagai hadiah kepada rakan-rakan.

Kalau kita megunjungi rumah mereka, apa salahnya kalau kita membawa hadiah bunga raya untuk mencantikkan rumah mereka sama macam bunga orkid. Biarlah semua orang suka mengindahkan kawasan dan rumah masing-masing agar cantik . Kalau semua begitu, maka tentulah negara kita akan dikenali sebagai Negara Bunga Raya. Pergi ke mana pun kita boleh lihat pokok bunga raya ini dan kita bangga dengan bunga yang kita pilih sebagai bunga kebangsaan oleh Perdana Menteri kita yang pertama, Tunku Abdul Rahman.”

Tujuan Kempen

Meningkatkan kesedaran umum rakyat Malaysia mengenai latar belakang serta signifikasi bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan.

Mananam sifat kebanggaan dan kecintaan rakyat Malaysia terhadap bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan khususnya kepada golongan muda.

Untuk menggalakkan penanaman bunga raya secara meluas di samping menjadi bunga pilihan ramai.

Untuk memupuk semangat perpaduan yang kukuh di dalam diri rakyat Malaysia di samping menghayati maksud tersirat di sebalik bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan.

Untuk menggalakkan penghasilan pelbagai produk secara komersil berasaskan dan berkonsepkan bunga raya bagi industri landskap, tekstil, kosmetik, perubatan, makanan dan lain-lain yang berkaitan.

Penggunaan Bunga Raya dalam Landskap

1 Tanaman Pagaran

Pokok Bunga raya amat sesuai sebagai tanaman pagaran “ hedges” untuk dijadikan pagaran yang memisahkan ruang-ruang.

2 Pasuan

Bunga Raya susuai ditanam di dalam pasu kerana mudah diubahsuai mengikut hiasan dan keluasan tempat. Bunga Raya juga sesuai ditanam di dalam bekas penanaman serta ditempatkan di tepi jalan.

3 Lereng Bukit

Bunga Raya juga boleh ditanam secara tunggal atau berkelompok di lereng bukit.

4 Tunggal

Bunga Raya yang berbunga besar boleh ditanam sebagai bunga specimen secara tunggal di tempat tumpuan utama.

5 Berkelompok

Tanaman berkelompok juga sesuai bagi kawasan yang luas seperti taman dan pinggiran jalan.

6 Kombinasi

Kombinasi antara spesis bunga raya dan tanaman penutup bumi mewujudkan variasi warna yang menarik

7 Berbaris

Bunga Raya juga boleh ditanam secara berbaris di sepanjang siar kaki di taman

8 Topiari

Bunga Raya juga boleh dijadikan sebagai topiari mengikut bentuk yang ditetapkan

Seri bunga raya

Bunga raya adalah sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Hibiscus rosa-sinensis adalah bunga kebangsaan Malaysia, dikenali bunga raya. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian diarah mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir 1958, Kementerian Pertanian mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga yang dicadangkan adalah kenanga, bunga raya, melur, teratai, mawar, cempaka dan bunga tanjung.

Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Hibiscus Cina (Hibiscus rosa-sinensis L.; Keluarga Malvaceae) adalah pokok renek asal di barat Asia, juga dikenali sebagai mawar China dan bunga kasut. Ia ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya agar besar tapi tidak berbau. Pelbagai cultivars, varieties dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India. Permukaan batangnya licin dan daun daripada jenis simple dan alternate. Saiz dan bentuk daun berbeza-beza walaupun berada pada tangkai yang sama. Bentuknya mungkin ‘entire’ tetapi biasanya ‘lobed’ atau ‘deeply divided’. Kebanyakan daun Hibiscus berwarna hijau tua. Struktur bunga terdiri daripada lima petal mengelilingi kolum stamina di tengah-tengah. Ovarinya mengandungi lima karpel dan banyak stamen bersambung untuk membentuk kolum stamina melalui tengah style single. Bunga juga terjadi dalam pelbagai kaedah iaitu tunggal (definite form) iaitu lima petal manakala yang lain multiple iaitu ‘double form’. Ada satu lagi kaedah iaitu ‘semi-double form’. Bunga berkembang waktu pagi dan mula layu menjelang petang. Ia berbunga sepanjang tahun.

FAKTA

Nama Botani : Hibiscus rosa-sinensis

Nama Tempatan : Bunga Raya

Famili : Malvaceae

Warna : Merah, putih, merah jambu, kuning dan maroon.

Cara biak : Keratan batang, cantuman mata tunas, tut dan teknik tisu kultur.

KHASIAT BUNGA RAYA

-Bunga raya atau nama saintifiknya adalah botaninya hibiscus rosa sinensis, tergolong dlm keluarga Malvaceae merupakan herba astringen dan menyediakan vitamin c.

-mengandungi musilaj polisakarid & pectin serta asid organic, glikosid sianidin ( bahan antiestrogen), dan mengandungi sejenis lendir atau mucin yg memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru.

Petua:

bunga raya dan daunnya yang ditumbuk lumat:

-ditampal pada kulit untuk merawat bisul, barah, gatal kulit, demam panas beguk, luka, bengkak dan penyakit kulit.

-daun bunga raya mampu melebatkan rambut dan bulu kening.

bunga raya direbus dengan air mendidih :

-boleh dijadikan losyen untuk mencuci mata yang bengkak @ radang.

-boleh diminum untuk rawat asma, batuk, bengkak kelenjar parotid, bronchitis, selsema, mengeluarkan kahak dan hingus, dan merangsang haid.

kudup bunga raya yang telah dihancurkan dicampur dengan garam:

-ditampal pada masalah bisul

air rebusan kudup bunga:

-boleh diminum dan mampu menambahkan banyak air mani dan merawat bengkak salur kencing.

Daun muda dan pucuknya:

-disapu pada peru ibu yang akan bersalin untuk memudahkan melahirkan anak dan proses mengeluarkan uri.

daun bunga raya direbus dlm air mendidih:

-boleh dijadikan losyen utuk rawat demam dan sakit kepala.

akar bunga raya putih ditumbuk lumat dan direbus

-boleh diminum untuk merawat jangkitan yang terjadi dari hubungan seksual, melawaskan pembuangan air kecil dan boleh dijadikan penawar racun.

-air rebusan akar diminum untuk rawat jangkitan pada serviks, penyakit keputihan, tidak tentu haid, disapu pd kelenjar tengkuk yang bengkak dan boleh mencuci mata yang merah dan bengkak.

bunga raya merah dicampur dengan jus limau nipis

-akan menghasilkan pewarna merah yang boleh dijadikan pewarna yang digunakan pada biskut, kek, makanan lain-lain.

Penyelidik ada menyatakan bahawa ekstrak dari bunga raya mempunyai faedah kesihatan yang serupa seperti meminum teh . Bunganya mengandungi antioksidan yang membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan. Kajian terhadap haiwan menunjukkan ekstrak bunga raya boleh mengurangkan kolesterol pada haiwan, dan ia juga boleh membantu manusia.


No comments:

Post a Comment